Isnin, 12 Disember 2011

Sepakat Membawa Berkat | Ibadah Korban Cabang Penyatu Ummah

Baru-Baru ini, pihak Surau Kg Matang Kemunting telah berjaya melaksanakan ibadah korban yang dijalankan secara gotong royong.

Ibadah ini dilihat telah menguatkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin di kalangan penduduk kampung. Jelas sekali, ibadah ini menarik minat semua golongan bukan sahaja dari Matang Kemunting malah seluruh penduduk Permatang Raja.


Tidak kurang juga anak-anak rantau yang pulang untuk menyambut Hari Raya Korban di kampung halaman, penulis sempat bertemu sahabat-sahabat lama yang turut memeriahkan majlis dan bergotong royong menguruskan hasil korban.

Selasa, 24 November 2009

Cabar Diri Untuk Berjaya

Cabar Diri Untuk Berjaya
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003


Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Jumaat, 3 April 2009

PETA UNTUK KE KAMPUNG PERMATANG RAJA, PANTAI REMIS.

Untuk sampai ke kampung ini ikut peta di bawah: View Larger Map Yang bertanda (Belon Biru) itulah rumah Penulis. Secara kasarnya, kampung ini terletak diantara Kampung Permatang Pasir dan Kampung Kelubung. Kawasan Jajahan Kampung Permatang Raja adalah yang bertanda dengan kotak hijau muda itu.

Jumaat, 27 Mac 2009

Selamat Datang!!

Buat pertama kalinya, saya ingin berkongsi info dan maklumat tentang kampung halaman saya yang agak menarik dipandangan mata, indah dan permai iaitulah..Kampung Permatang Raja! Blog ini akan dijadikan sebagai penyampai maklumat tentang selok belok kampung ini dan perkara-perkara yang berkaitan.